Thursday 21 July 2011

KAU BUKAN AKU

kau pernah rasa dikhianati?
kau tahu macam mana rasa sakitnya?
seperti ditusuk sembilu..erk aku tipu,sebab aku tak tahu pun sembilu tu menatang apa..
tapi sumpah sakit gila,sehingga kau rasa jangan ada yg akan merasa sakitnya dikhianati..
kecewanya hanya tuhan yg tahu..
sakitnya hanya yg pernah merasa yg tahu..
tak tertanggung..
kau tak mampu utk buat apa2,
tiada teman utk bercerita,
yg kau mampu cuma menangis dan terus menangis mencari kekhilafan diri..
saat kau pandang wajah si comel,
makin berjujuran air mata kau..
mana silapnya?
apa sebabnya?

sejak bilakah semua ini bermula?
kau mula mencari kekurangan diri,
sedangkan kau rasa selama ini kau da mberi yg terbaik,
kau beri sepenuh kepercayaan,
kebebasan,
kau tak pernah curiga,kerana kau anggap dirinya seperti kau yg setia...
tapi kenapa ini semua terjadi?
ketika sicomel baru berusia sebulan,pada ulang tahun perkahwinan kau,
ketika kau masih lagi berpantang kerana bertarung nyawa lahirkan zuriat yg dia idam2kan..
hadiah apakah ini?
kau tiada jawapan....
saat kau mengetahui ni semua,
kau tidak langsung menangis dihadapan dia,
kau tersenyum,
kau redha,kau terima ni semua dgn pasrah..
tapi lumrah wanita,kau rasa rendah diri,kau menagis,
tiada tempat utk mngadu nasib,
didepannya kau tenang seolah2 tiada apa berlaku......
kau tak mampu lupakan apa yg berlaku,
tiap saat dalam fikiran,
lupa ketika kau tidur,tu pun kadang2 masuk dalam mimpi...
tertanya2 siapakah wanita itu?
adakah dia benar seorang wanita?
jika ia tidak faham kah dia hati wanita lain?
kau tiada jawapan........
tahukah kau sakitnya tidak tertanggung?
kau tidak pernah tahu,
kerana kau bukan aku.........


p/s : semoga kalian berbahagia hingga akhirnya,semoga kalian tidak akan merasa derita aku..
buat kau,aku bahagia andai kau bahagia walaupun aku menderita,cuma satu pintaku,andai kau tak bahagia jgn sesekali kau kembali padaku,kerana aku tak mahu rasa lagi sakitnya dikhianati.........

0 comment:

Post a Comment