Thursday 21 July 2011

KAU BUKAN AKU

kau pernah rasa dikhianati?
kau tahu macam mana rasa sakitnya?
seperti ditusuk sembilu..erk aku tipu,sebab aku tak tahu pun sembilu tu menatang apa..
tapi sumpah sakit gila,sehingga kau rasa jangan ada yg akan merasa sakitnya dikhianati..
kecewanya hanya tuhan yg tahu..
sakitnya hanya yg pernah merasa yg tahu..
tak tertanggung..
kau tak mampu utk buat apa2,
tiada teman utk bercerita,
yg kau mampu cuma menangis dan terus menangis mencari kekhilafan diri..
saat kau pandang wajah si comel,
makin berjujuran air mata kau..
mana silapnya?
apa sebabnya?

sejak bilakah semua ini bermula?
kau mula mencari kekurangan diri,
sedangkan kau rasa selama ini kau da mberi yg terbaik,
kau beri sepenuh kepercayaan,
kebebasan,
kau tak pernah curiga,kerana kau anggap dirinya seperti kau yg setia...
tapi kenapa ini semua terjadi?
ketika sicomel baru berusia sebulan,pada ulang tahun perkahwinan kau,
ketika kau masih lagi berpantang kerana bertarung nyawa lahirkan zuriat yg dia idam2kan..
hadiah apakah ini?
kau tiada jawapan....
saat kau mengetahui ni semua,
kau tidak langsung menangis dihadapan dia,
kau tersenyum,
kau redha,kau terima ni semua dgn pasrah..
tapi lumrah wanita,kau rasa rendah diri,kau menagis,
tiada tempat utk mngadu nasib,
didepannya kau tenang seolah2 tiada apa berlaku......
kau tak mampu lupakan apa yg berlaku,
tiap saat dalam fikiran,
lupa ketika kau tidur,tu pun kadang2 masuk dalam mimpi...
tertanya2 siapakah wanita itu?
adakah dia benar seorang wanita?
jika ia tidak faham kah dia hati wanita lain?
kau tiada jawapan........
tahukah kau sakitnya tidak tertanggung?
kau tidak pernah tahu,
kerana kau bukan aku.........


p/s : semoga kalian berbahagia hingga akhirnya,semoga kalian tidak akan merasa derita aku..
buat kau,aku bahagia andai kau bahagia walaupun aku menderita,cuma satu pintaku,andai kau tak bahagia jgn sesekali kau kembali padaku,kerana aku tak mahu rasa lagi sakitnya dikhianati.........

Monday 6 June 2011

Jika wanita mencintai mu...


Jika seorang wanita mencintai kamu,
kamu adalah suami..

Jika 10 wanita mencintai kamu,
kamu adalah playboy..

Jika 100 wanita mencintai kamu,
kamu adalah Hero..

Jika 1000 wanita mencintai kamu,
kamu adalah pemimpin..

Jika seluruh wanita di negara ini mencintai kamu,
maka kamu adalah ringgit malaysia..

Jika seluruh wanita di dunia mencintai kamu,
kamu adalah tuala wanita =)

Monday 30 May 2011

Surat Cinta Bahasa Inggeris Terbaik

Fatimah ingin memutuskan hubungan dengan kekasihnya bernama Robbie, seorang lelaki dari Amerika,akan tetapi dia tak sanggup untuk bertemu muka dengan kekasihnya itu.
Fatimah pun menulis surat dengan berbekalkan sedikit pengetahuannya dalam bahasa inggeris.

Berikut isi suratnya :


Hi Robbie, together this letter I want to give know you
(Hai Robbie,bersama surat ini saya ingin memberitahu kamu)

I want to cut connection we
(saya ingin memutuskan hubungan kita)

I have think thing this very cook cook
(saya telah memikirkan hal ini masak-masak)

I know my love only clap half hand
(saya tahu cinta saya hanya bertepuk sebelah tangan)

Correctly, I have see you go with a woman entertainment at town with my eyes head alone
(sebenarnya, saya telah melihat kamu pergi dengan seorang wanita penghibur di kota dengan mata kepala saya sendiri)

You always ask sorry back back river
(kamu selalu minta maaf berulang ulang kali)

You correct correct a man crocodile land
(kamu benar-benar seorang lelaki buaya darat)

Past, my friend speak you play fire
(dulu, teman saya bilang kamu bermain api)

Now I know you correct correct play fire
(sekarang saya tahu kamu benar benar bermain api)

So, I cut connection and pull body from love triangle this
(jadi, saya putuskan hubungan dan menarik diri dari cinta segitiga ini)

I know result I pick this very correct, because you love she very big from me
(saya tahu keputusan yang saya ambil ini tepat, kerana kamu mencintai dia lebih besar dari saya)

But I still will not go far far from here
(namun saya tetap tidak akan pergi jauh-jauh dari sini)

I don’t want you play play with my liver
(saya tidak ingin kamu main-main dengan hati saya)

I have been crying night night until no more eye water thinking about your body
(saya menangis bermalam-malam sampai tidak ada lagi airmata memikirkan dirimu)

I don’t want to sick my liver for two river
(saya tidak mau sakit hati untuk kedua kalinya)

Safe walk, Robbie
(selamat jalan, Robbie)

Girl friend of your liver
(kekasih hatimu)
Fatimah Lion on the table
(Fatimah Singodimejo)

Note: this river I sorry you, next river I kill you !
(kali ini aku maafkan kamu, kali lain kubunuh kau !)


-ahaha..agak2 bf mat saleh dia faham tak ek?-  ^-^

Sunday 29 May 2011

6x3 Tentang Perkahwinan

Sebelum Tidur:
6 minggu: selamat malam sayang,mimpi indah ya, muach
6 bulan: tolong padam lampunya, silau la.
6 tahun : sana sikit boleh tak?sempit la!

Tandas : 

6 minggu: Takpe,u dulu la.i boleh tahan lagi.
6 bulan: Lama lagi ke ni???!
6 tahun: gedegang! (ketuk pintu sekuat hati) kalau nak bertapa pegi gunung everest sana!

SMS:
6 minggu: iya sayang,kejap lagi dah nak sampai ni,i belikan makanan fav u ni..
6 bulan: sabar sikit boleh tak?otw la ni.
6 tahun: Kecoh betul la (langsung tak reply)

Bermesraan :
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Ya iyalah!! kalau i tak cintakan u buat apa i nikah dgn u?!


Balik Kerja:
6 minggu: Honey, i da balik ni.
6 bulan : I’m BACK
6 tahun : oi,masak apa hari ni?

Hadiah (ulang tahun) :
6 minggu : Sayangku,i harap u suka cincin yg i belikan ni.
6 bulan :i beli lukisan ni nampak sesuai dgn ruang tamu kita.
6 tahun : Nih duitnya,u pegi beli sendiri apa yg u suka.

Masakan:
6 minggu: Wah,tak sangka makanan ni sedap sangat.hari2 makan ni pun takpe..
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH? MAKANAN INI LAGI? :x

Baju baru:
6 minggu: sayang nampak cantik pakai baju tu..
6 bulan : beli baju baru lagi ke?
6 tahun: BELI BAJU ITU HABIS BERAPA?


Time Jalan :
6 minggu: aduh!macam mana boleh jatuh ni?hati2 yang (sambil tolong papah)
6 bulan: hati2 nanti luka.
6 tahun: Letak kat mana mata tu?? :>

Di restoran :

6 minggu: Meh i suapkan u.
6 bulan: Suapkan yang...
6 tahun: Takde tangan ke asyik nak mintak suap je!





Ajaran 3B

Seorang pemuda telah datang meluahkan masalahnya kepada Pendeta,

Pemuda :Pendeta, mengapa saya tidak pernah bertemu jodoh saya? Bahkan saya juga tidak mempunyai teman wanita.

Pendeta : Gadis seperti mana yang anda inginkan?

Pemuda : Saya menginginkan gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,dan mencintai saya.

Pendeta: Ohhh … kalau begitu kamu harus melaksanakan ajaran “3B”. “B” yang pertama adalah “BERUSAHA”, apakah kamu sudah cukup berusaha?

Pemuda : Wah …saya sudah berusaha sehabis mungkin.Sudah banyak tempat yang saya lalui demi mendapatkan gadis impian saya itu.

Pendeta: Kalau begitu kamu harus melaksanakan “B” yang kedua, iaitu “BERDOA” bila perlu berdoa dan berpuasa.

Pemuda : Pak Pendeta, setiap hari saya berdoa untuk hal ini,bahkan setiap isnin dan khamis saya berpuasa.

Pendeta: “Wah, mungkin kamu harus melaksanakan ajaran “B” yg ketiga.”

Pemuda : “Apa itu, Pak?”

Pendeta: “BERCERMIN!”


=)

Friday 27 May 2011

Untuk Teman Baik ku...

Sahabatku,
Dengan duit engkau dapat …
Membeli tempat Tidur,
tapi tidak dapat membeli “tidur nyenyak”.

Membeli sebuah jam,
tapi tidak dapat membeli waktu.

Membeli sebuah buku,
tapi tidak dapat membeli pengetahuan.

Membeli posisi yang bagus dalam pekerjaan,
tapi tidak dapat membeli kehormatan.

Membeli ubat,
tapi tidak dapat membeli kesihatan.

Membeli darah,
tapi tidak dapat membeli kehidupan.

Jadi duit bukanlah segalanya ….
Bahkan duit terkadang membuatmu merasa sakit dan menderita.

Aku memberitahukan hal ini kepada kalian semua,
sebab aku adalah temanmu,
dan sebagai teman aku ingin menyingkirkan semua rasa sakit dan penderitaan yang engkau alami.
Jadi segera kirimkan semua wang mu kepadaku kerana aku rela menderita untukmu.

Salam manis,
Temanmu yang terbaik

Wedehel...
gila bapak kalau memiliki teman terbaik seperti ni kan?
:)

Thursday 26 May 2011

Restoran Yang Bertemakan Toilet

Jepun memang suka buat sesuatu yg unik dan kreatif..
Buktinya,korang tengoklah sendiri restoran yg bertemakan toilet ni..
Dari design meja,kerusi,pinggan mangkuk sampai bentuk makanan pun bertemakan toilet..




kalau sampai bentuk makanan pun bertemakan toilet,sanggup ke nak makan?
fikir panjang gak nih..
hehe...





p/s : sumber ni aku dapat dari web mana tah..
aku pun lupa,sebab koleksi lama yg aku simpan...

Wednesday 25 May 2011

Bukan Salah Pelajar Gagal Dalam Exam???!


Kalau dilihat dari logik ini, sebenarnya bukan salah pelajar itu bila beliau tidak lulus exam,belajar pun tidak sempat.

365 : 
Semua orang tau kan setahun itu cume ada 365 hari. Tiap tahun sama,tak penah berubah jadi 730 hari ke atau 1000 hari.Tetap 365 jugak.

Hari Minggu : 
Ada 52 hari dalam setahun.Korang pun tau kalau hari minggu adalah untuk bersenang lenang,berehat bersama keluarga.Bangla pun tak keje pada hari minggu.Jadi tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum : 
Dah nama pun cuti kan,umum pulak tu.semua pun tau umum maksudnya semua peringkat umur,jadi nak taknak terpaksa jugak kita cuti kan.Kira kira tak kurang dari 13 hari setahun.Baki tinggal 300hari.

Hari Cuti Sekolah : 
Dah tentu2 la cuti belajar.Time ni la tetiba mak ayah kita nak ajak pegi holiday kat oversea.Ishh tak kan kita nak dok kat uma sensorang kan?Pastila kita dgn rela berat hati ikut family jenjalan.Biasanya sekitar 2 bulan lebih..Cincai kira la,dalam 60 hari.Tinggal 240 hari.

Tidur : 
Mesti la 8Jam sehari untuk kesihatan.kan kena jaga.Jadi 120 hari kita terpakai untuk tido dalam setahun. Hari yang tinggal 120 hari.

Ibadah : 
Tentu kita beribadah kan? paling tidak 1-2 jam kita beribadah, kita kira 25 hari dalam setahun.
Hari tersisa tinggal 95hari.

Beriadah/Bersukan : 
Rohani & Jasmani kita perlu sihat macm tu jugak dgn Fizikal & mental.Padahal nak pegi tingkat 1 pun nak naik lift.Hehe.paling tidak memerlukan 1jam sehari. 
Terpakai lagi 15 hari. Hari tersisa tinggal 80 hari.

MAKAN : 
dah namanya pun hidup untuk makan makan untuk teruskan hidup ;p
so,paling tidak selama satu hari kita habiskan 2 jam untuk makan/minum (Sarapan,makan tengah hari,makan malam)
Hilang lagi 30hari.
Tinggal 50hari.

Sosial : 
Kita kan suka bersosial.Maksudnya kat sini kita perlu berinteraksi dengan orang lain.
Kita ambil 1 jam perhari untuk berbual je (belum kira berFB,berblog bagai)
Dah 15 terpakai lagi,Tinggal 35.

Sakit :
Memang kita dah jaga kesihatan baik2,tapi alangkan doktor pun boleh sakit lagikan kita kan.Paling tidak 5 hari dalam setahun.Tinggal 30.

Ujian : 
Sebelum exam kan mesti ada test.Biasanya dilaksanakan selama 2 minggu per semester bererti,24 hari sudah sah2 kat dewan untuk ujian.Masa ujian mana boleh study kan?
Dah tinggal 6hari.

Jalan-jalan / Dating :
Untuk release tension katanya.Kata lah dalam setahun 5hari kita abiskan masa untuk jalan2 ngn kengkawan,dating ngan BF / GF memasing kan.
So baki untuk study tinggal 1hari je! Adeh mana cukup..banyak tu nak ulangkaji balik.

DAN

1 hari yang tinggal tu pulak HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN,tak kan nak study pulak??!


haha..Sebenarnya ni semua cuma alasan semata2.kalau kita nak berjaya tak kan ada halangan kan?
semua terletak pada diri kita sendiri.kita yang pilih sama ada nak gagal atau berjaya.

sekian terima kasih.





p/s : ni bukan hasil karya aku 100%.
cuma aku ada olah sikit..

Tuesday 24 May 2011

Hilangkan Rasa Bosan

Seorang tua yang bijak ditanya oleh tamunya.

Tamu :”Sebenarnya apa itu perasaan ‘bosan’, pak tua?”

Pak Tua :“Bosan adalah keadaan dimana fikiran menginginkan perubahan, mendambakan sesuatu yang baru, dan menginginkan berhentinya rutin hidup dan keadaan yang menonton dari waktu ke waktu.”

Tamu :”Kenapa kita merasa bosan?”

Pak Tua :”Kerana kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita miliki.”

Tamu :”Bagaimana menghilangkan kebosanan?”

Pak Tua : “Hanya ada satu cara, nikmatilah kebosanan itu, maka kita pun akan terbebas darinya.”

Tamu :”Bagaimana mungkin bisa menikmati kebosanan?”

Pak Tua:”Bertanyalah pada dirimu sendiri: mengapa kamu tidak pernah bosan makan nasi yang sama rasanya setiap hari?”

Tamu :”Karena kita makan nasi dengan lauk dan sayur yang berbeda, Pak Tua.”

Pak Tua :”Benar sekali, anakku, tambahkan sesuatu yang baru dalam rutinmu maka kebosanan pun akan hilang.”
Tamu: “Bagaimana menambahkan hal baru dalam rutin?”

Pak Tua :“Ubahlah caramu melakukan rutin itu. Kalau biasanya menulis sambil duduk, cubalah menulis sambil cangkung atau berbaring. Kalau biasanya membaca di kerusi, cubalah membaca sambil berjalan-jalan atau meloncat-loncat. Kalau biasanya menelefon dengan tangan kanan, cubalah dengan tangan kiri atau dengan kaki kalau bisa. Dan seterusnya.”

Lalu Tamu itu pun pergi.

Beberapa hari kemudian Tamu itu mengunjungi Pak Tua lagi.

Tamu :”Pak tua, saya sudah melakukan apa yang Anda sarankan, kenapa saya masih merasa bosan juga?”

Pak Tua :”Coba lakukan sesuatu yang bersifat kekanak-kanakan.”

Tamu :”Contohnya? ”

Pak Tua :”Mainkan permainan yang paling kamu senangi di waktu kecil dulu.”

Lalu Tamu itu pun pergi.

Beberapa minggu kemudian, Tamu itu datang lagi ke rumah Pak Tua.

Tamu :“Pak tua, saya melakukan apa yang Anda sarankan. Di setiap waktu senggang saya bermain sepuas-puasnya semua permainan anak-anak yang saya senangi dulu. Dan keajaibanpun terjadi.
Sampai sekarang saya tidak pernah merasa bosan lagi, meskipun di saat saya melakukan hal-hal yang dulu pernah saya anggap membosankan. Kenapa bisa demikian, Pak Tua?”

Sambil tersenyum Pak Tua berkata:
“Karena segala sesuatu sebenarnya berasal dari pikiranmu sendiri, anakku. Kebosanan itu pun berasal dari pikiranmu yang berpikir tentang kebosanan. Saya menyuruhmu bermain seperti anak kecil agar pikiranmu menjadi ceria. Sekarang kamu tidak merasa bosan lagi karena pikiranmu tentang keceriaan berhasil mengalahkan pikiranmu tentang kebosanan. Segala sesuatu berasal dari pikiran. Berpikir bosan menyebabkan kau bosan. Berpikir ceria menjadikan kamu ceria.”



Sunday 22 May 2011

Fakta @ Auta??

  1. Makanan yg plg dgemari oleh lipas ialah gam yg berada dbelakang setem.
  2. ubat gigi colgate mula diperkenalkan diperancis dgn nama 'cue',mengambil sempena nama sebuah majalah lucah.
  3. tidak kira macam mana sekalipun,sekeping kertas tak kan boleh dilipat lebih dari 7 kali.
  4. butang baju lelaki biasa dibahagian kanan,manakala butang baju perempuan dibahagian kiri.
  5. perkataan utk polis 'cop' asal dari perkataan 'constable of patrol' di england.
  6. perkataan jepun 'karaoke' bermaksud orkestra kosong.
  7. perkataan 'good bye' asal dari perkataan 'god be with u'.
  8. perkataan 'so long' asal dari perkataan arab 'salam'.
  9. perkataan 'racecar & kayak' jika diterbalik kan sama.
  10. nama paling banyak digunakan didunia ialah muhammad.
  11. jumlah sambungan telefon di amerika lebih banyak dari jumlah penduduknya.
  12. di Albania,geleng kepala tanda setuju,angguk maksud tidak.
  13. lelaki 6x lebih mudah dipanah petir daripada wanita.
  14. perut kita memerlukan sejam untuk hadam susu lembu.
  15. ais @ air sejuk dapat mengembalikan sifat pelupa yg keterlaluan.
  16. tengkorak manusia terdiri daripada 29 jenis tulang.
  17. tak mungkin sendawa sambil batuk serentak.
  18. kucing mempunyai deria bau 14x lebih kuat daripada manusia.
  19. kepala manusia masih hidup utk 15-20 saat walau tubuh dah mati.
  20. air liur manusia dikatakan sangat mujarab mengubati luka terbakar.
  21. tiap hari darah beredar sejauh 180,000km dalam tubuh manusia.
  22. library utama di universiti indiana AS tenggelam dalam tanah kira2 seinci setahun kerana masa dibina,jurutera terlibat tidak masuk kan anggaran berat semua buku yang bakal ditampunh.
  23. di barat kalau korang melihat patung seorang pahlawan diatas kuda yg kedua2 kakinya terangkat ke udara,ia bermakna org itu mati demedan pertempuran.sebelah kali di udara 3 lagi pijak tanah membawa maksud mati akibat kecederaan masa bertempur.kalau keempat2 kaki diatas tanah mati akibat kematian biasa.
  24. joseph pulitzer,ahli politik&juga penerbit buku terkenal sangat benci pada bunyi bising.beliau pernah tembak beberapa lelaki kerana hirup sup terlalu kuat.
  25. maharaja morocco,moulay ismail (1672-1727) mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yg dlahirkan oleh 1703 orang isteri.
  26. papua new guinea dianggarkan ada 4juta penduduk.menggunakan paling banyak bahasa di dunia iaitu 869 semuanya.tiap bahasa digunakan lebih 4000 penduduk.
  27. pada gaun permaisuri perancis,Queen Marguerite D Valois telah dijahit 34 hiasan berbentuk hati,melambangkan 34 orang lelaki telah berjaya mencuri hatinya.
  28. menurut saintis,apabila seseorang mencecah umur 75thn keatas,bermakna kira2 25thn daripada usianya dihabiskan dgn tido.
  29. kesesakan lalu lintas paling buruk direkodkan pada 12/4/1990 apabila 1.5 juta kenderaan berbaris panjang menyeberang sempadan jerman timur & jerman barat.
  30. korang tak kan boleh membuat sebarang folder kat komputer dgn guna nama 'con'.
  31. mao tse tsung x pernah berus gigi sepanjang hayat.beliau guna air teh utk berkumur & akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.
  32. sehari di planet pluto sama ngan seminggu di bumi.
  33. org lelaki mudah dapat buta warna 10x ganda berbanding perempuan.
  34. presiden ke 20 amerika, James Garfield boleh menulis dgn kedua2 tangan secara serentak & dlm 2 bahasa sekaligus.
  35. kepercayaan rom kuno,potonga rambut yg hodoh meyebabkan berlaku ribut taufan.
  36. chimpanze adalah satu2 haiwan yg leh kenal diri mereka dalam cermin.
  37. lebih ramai org kidal mati akibat menggunakan barangan yg di buat utk org yg guna tangan kanan (erkk!!)
  38. permainan snoker asal dari negara india.
  39. pemilik syarikat rokok marlboro pertama mati akibat kanser paru2.
  40. bau bangkai manusia paling busuk.
  41. tali violin di buat dari tulang ikan paus.
  42. org rambut perang mempunyai banyak rambut berbanding org rambut hitam.
  43. wanita mengelip mata 2x lebih banyak berbanding lelaki.
  44. pada waktu malam deria penglihatan wanita lebik baik jika dibandingkan dgn kaum lelaki.
  45. seekor babi,tidak akan pernah mendongak melihat langit......

Sakit 0tak

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli.

Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepadaRamli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya.

Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul adalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...
aku pening...aku sendiri naik fening menterjemahkan semua nih!!
korang faham ke hah?Aku sendiri tak bape nak faham...kenapa la keluarga dorang camni..
ahakz!